WELCOME TO MY BLOG . DO FOLLOW && COMMENT OKAY :)

♥ SI JANTUNG HATI ♥

02 - 05 - 2012

Views

Selasa depan ( 08 - 05 - 2012 ) aku masuk sekolah balik. Form 6 mula mendaftar pada tarikh tu. aku tak kisah masuk form 6 balik, ramai jugak kawan-2 aku yang masuk form 6. dorang kata, kalau dapat tawaran lain, dorang keluar form 6, kalau tak, stay je lah kat sekolah tu. demi Allah, aku nak sangat masuk U terus. keputusan UPU akan keluar 07hb, sehari sebelum pendaftaran form 6. ada sorang kawan aku cakap, kalau dah dapat tawaran matrik, UPU dah tak dapat. so kalau yang dapat tawaran form 6 pun, tak dapat masuk U jugak, siapa je yang boleh masuk U? haih pening-2. cuak pun ada. susahnya nak menempuhi kehidupan selepas SPM ni kan? sangat rumit sebenarnya. 

Ya Allah, aku yakin dengan ketentuanMU. aku yakin dengan takdirMU. hanya KAU yang tahu apa yang terbaik untuk hambaMU ini. berikanlah ketabahan kepadaku untuk tempuhi segala ujian dariMU. aku takut aku jatuh tersungkur, sebelum aku sempat berbuat apa-2. aku mahu kejayaan menjadi milikku kelak. aku mahu yakinkan pada mereka semua, walaupun keputusan SPM ku tak bagus mana, tapi aku juga boleh mengecapi kejayaan seperti mereka. berilah aku peluang kedua untuk merasa kejayaan ku sendiri, ya Allah. aku mahu menangis gembira sambil dipeluk bangga oleh ibu dan keluarga yang lain. 

Ya Allah, aku redha seandainya ini yang tertulis untukku. aku redha jika aku memang ditakdirkan untuk terus belajar di sekolah. berilah aku kekuatan untuk terus mengejar kejayaanku. akan aku belajar bersungguh-2 demi masa depanku kelak. ya, form 6 memang susah kalau kita tak belajar betul-2. kena banyak membaca. insyaAllah, kalau ada rezeki aku, pasti aku mampu juga untuk memasuki U juga seperti abang-2 aku. along dan angah, dorang pun dari form 6 jugak. tapi mereka dapat sambung belajar di peringkat ijazah. kalau dorang boleh berjaya, kenapa tidak aku? dorang lah menjadi inspirasi aku untuk belajar bersungguh-2. dah takde istilah main-2 dalam hidup aku lagi. cukuplah aku pernah lalai dan gagal sekali. aku takkan biarkan diri ini terus lalai lagi. cukuplah sekali!

Chaiyok-2 eqa! ayuh bangkit dari kekecewaan! orang lain boleh berjaya, kenapa tidak kau? ya, akan aku buktikan kepada semua, aku juga boleh berjaya! :')

♥ Puas hati? LIKE je :)

0 orang budak HOT :):

TERIMA KASIH SUDI MELAWAT BLOG EQA. SILA DATANG LAGI OKAY :)