WELCOME TO MY BLOG . DO FOLLOW && COMMENT OKAY :)

♥ SI JANTUNG HATI ♥

22 - 08 - 2012

Views


Dah lama tak update blog tersayang ni. dah berhabuk da ha. lastly update pun, sebelum masuk belajar. firstly, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. raya tahun ni paling bosan la aku rasa. tak tahu lah kenapa. haha. okay, harini aku nak update pasal kehidupan aku kat UiTM Kuala Pilah kampus Melang. syok gila la belajar kat sana :)

Classmate :)
Eqa & Fana :)
Sweet couple * Fiza & Faez
Abg long 1C1 , Daus :)
Kat sini, kitaorang duduk dalam satu rumah banglo yang dipanggil NST. ade berapa NST kat sini, aku kurang pasti la pulak. biasa la, rumah banglo lama je. takde la lawa mana pun, tapi selesa la jugak duduk kat sana. besar pun besar, NST aku NST 1, kiranya rumah yang pertama la kat sini. masuk2 je, memang akan jumpa NST kitaorang dulu la. saje pilih NST 1, dekat pun dekat, tak payah susah2 nak mendaki. buat penat kaki aku je. haha. okay, NST aku agak besar cket sebab rumah aku ni ade 28 orang kesemua penghuninya. semua housemate aku memang best la, wa cakap sama lu! semuanya gila2, suka memekak, suka kacau orang. memang fun la duduk dengan dorang semua :)

Paling best, aku memang dapat satu rumah & satu kelas pulak dengan bff aku, Nur Hafizah Hanapiah. dari Beting lagi kitaorang sama2, satu bilik lagi tu. tapi sampai je kat Melang, takde rezeki nak dapat satu bilik. ah takpe la, janji satu rumah kan. bilik pun sebelah2 je. aku dapat bilik A, dia pulak dapat bilik B. kat dalam NST ada 4 bilik utama. bilik A, bilik B, bilik C & bilik tengah. dalam bilik tengah tu, ada 2 bilik lagi, memanjang ke belakang. haha. tak tahu la korang faham ke tak. buat2 faham je la ek. kitaorang takde dapur pun untuk memasak, so kena keluar la makan. perghh kadang2 tu pokai jugak la asyik makan luar je. duit elaun kadang2 pun tak mencukupi nak menampung perut kitaorang yang sememangnya kuat makan ni. haha

Classmate *Dilah, Ana, Anis & Ika


Classmate * 1C1
My hubby *Amin Ezame :)
Housemate aku memang kuat makan ouh! termasuk lah aku. terpengaruh dengan dorang la ni. haha. kalau tengok plastik sampah hitam yang besar tu, memang penuh dengan polysterin je la. kejap je dah penuh, kadang2 tu tak sampai sehari kot. nampak tak permainan dia kat situ? haha. okay2, kawan2 yang paling rapat dengan aku? ofkos la Fiza. then Nisa, Aini, Ila. roomate aku yang memang gila2, kak Su, angah, Ila, Amalina & Radiah. korang memang superb! kalau kat kelas, Nad, Ijal & Fana yang boleh dikatakan rapat jugak la dengan aku & Fiza. kelas aku pun superb jugak, dorang memang gila2, suka buat lawak bodoh ---> 1C1 :)

Group Presentation Bell *Fiza, Kerol, Eqa, Shahmil

LOVE *Amin & Atiqah :)
Kat sini jugak, aku temui cinta hati aku. Amin Ezame Kamal Ariff, orang Klang tapi asal Kelantan. dia tua 2 tahun dari aku. dia memang best! selalu gaduh dengan dia. asal jumpa memang tak lengkap kalau tak gaduh dengan dia. masam2 muka semua. kalau part masam muka tu, ofkosla aku kan. tak tahu la kenapa aku asyik nak gaduh je dengan 
dia. seriusly aku tak boleh tengok muka dia, mesti nak carik gaduh jugak. kadang2 tu jumpa tak gaduh pun, tapi bila balik, dalam mesej pulak kitaorang bergaduh. haha. entah la, apa yang boleh aku cakapkan, aku bahagia sangat dengan dia. walaupun kitaorang selalu gaduh, tapi kitaorang memang sekepala & ngam! ala2 macam Zara & Amir dalam Vanilla Coklat tu. puiii perasan! :P aku couple dengan Amin, si Fiza pulak couple dengan Faez. kitaorang berempat memang selalu bersama. walaupun berlainan kelas, tapi bila malam je kitaorang akan lepak kat cafe study math sesame. kalau nak tahu, Amin & Faez ni memang pandai math, termasuk la si Fiza.

BFF * Ijal & Fiza
Banyak sangat momen indah & pahit yang terlakar kat sini. sedih bila diingatkan balik. sekarang dah nak masuk bulan 9, bulan 10 dah final, pastu kitaorang berpisah, buat haluan masing2. nanti dah pergi diploma, tak tahu lagi dapat sama U ke tak. kalau ada rezeki, dapat la sama. papepun, aku harap sangat, hubungan aku & Amin, Fiza & Faez akan kekal sampai bila2. dan, persahabatan aku dengan housemate & classmate aku takkan terpadam. aku sayang korang gila2 doe :/ 4 bulan sekejap je. baru berkenalan, baru je bermesra, dah nak berpisah. pasni masuk diploma, jumpa kawan baru, kena kenal2 lagi, nak kena carik kawan yang sekepala lagi. susahnya. aku akan merindui korang, rindu saat2 indah kita. sedih siot! sumpah sedih :/

Eqa & Nanoy * ketua NST 1 :)
Ahad ni aku dah balik ke Melang. tak sabar rasanya jumpa dorang semua, termasuk la hubby aku. kalau balik rumah pun, bukan buat pape. bosan. better aku dok Melang, lepak dengan dorang semua. 
hilang sekejap masalah yang ada kat kepala otak aku ni. walaupun U aku ni dekat dengan rumah, tapi aku bukannya selalu balik pun. family aku tak bagi. aku pun tak nak balik pun. bosan, bukannya ada sape2 kat rumah. tapi, sesekali tu terasa rindu jugak la kat ibu, kat katil aku tu. haha. okay la, aku rasa sampai kat sini je yang dapat aku coretkan. yang selanjutnya, jom tengok pic aku dengan mereka :)

BFF *Eqa, Fiza, Nad

Fiza & Eqa *MDS

Fiza, Fariesha, Eqa
Eqa & Yuni *MDS

                                                       
BFF * Fiza & Eqa :)

     *** sorry, susunan picture ni berterabur cket. sebenarnya banyak lagi picture, tapi takkan nak masukkan semua. ni je la picture yang terpilih untuk tatapan korang semua. phewww akhirnya selesai jugak. dah boleh tido dah. selamat malam semua. selamat hari raya :)
♥ Puas hati? LIKE je :)

1 orang budak HOT :):

Amirahh said...

Tak pernah nampak pon Eqa kat Pilah ni. Hehe :)

TERIMA KASIH SUDI MELAWAT BLOG EQA. SILA DATANG LAGI OKAY :)