WELCOME TO MY BLOG . DO FOLLOW && COMMENT OKAY :)

♥ SI JANTUNG HATI ♥

aku bukan tunggul :'(

Views

assalamualaikum. hari ini aku sedih sangat wey. kawan baik aku layan aku macam aku nih tunggul pulak kan. satu hari aku takde mood. dan satu hari jugak aku tak bertegur dengan dia. aku protes dengan apa dia dah buat kat aku. dia selalu gak tak tegur aku sebelum nih, tapi sebelum nih aku tak amek hati pun la, sebab malas nak fikir, buat kepala makin serabut je. tapi entah kenapa hati ini aku terasa sangat dengan apa yang dia dah buat kat aku.

sakit sangat hati nih, sedih sangat. pagi tadi, sampai-2 aku kat kelas, aku tak terus duduk kat meja aku, sebab time tuh ada budak lain lepak kt tempat aku. so aku pergi lah melepak dekat meja chennah, borak-2 dengan dia an. aku bila pandang kawan aku yang dah lukakan hati aku tuh, aku dah dapat rasa something. mesti dia tak tegur aku punya. tup-2 betul lah sangkaan aku. aku buat bodoh je lah, semakin aku hangin, bila dia cakap macam biasa, boleh gelak ketawa, boleh gurau senda dengan kawan-2 yang lain, aku yang duduk kat sebelah dia nih, dia buat macam tunggul. macam aku takde lak kat situ. so touching lah aku hari ini. 

time sejarah satu masa tuh, aku tak duduk pun kat tempat aku. aku duduk kat meja depan sekali, memang elok lah time tuh meja tuh kosong je hari nih. tengah best-2 buat latihan sejarah, kiki dan bad boleh pulak datang kat aku, nak buat kacau. aku buat biasa je lah, malas nak memekak. rupa-2nya ada orang jeles. atoyai. ada orang jeles aku rapat dengan kiki. tu lah masalahnya kan, bila rapat je dengan laki, ada je lah masalah heh. aku dengan kiki memang kawan rapat pun. takde feeling lain lah. so tolong lah jangan nak fikir lain. bila kawan dengan pompuan, nih masalahnya, bila kawan dengan laki pun bermasalah jugak. senang-2 tak yah rapat dengan sape-2 lah. aku fedup la wey dengan semua nih. apa salah aku kat kau sebenarnya nih?

aku minta maaf lah kat kau sebab aku berkasar dengan kau tadi. tak tegur kau semua tuh. tapi sampai bila kau nak buat aku macam nih? kamon lah wey, kita bukan sehari dua jadi kawan, tapi dah lama. makin nak spm, makin dah dekat kita nak berpisah, kau buat camni. aku sayang kau, sebab kau kawan terbaik bagi aku. kau sentiasa ada untuk aku. semua orang tahu kita memang rapat, dah macam belangkas. tapi kenapa sejak akhir-2 nih jadi macamnie? aku minata sangat jangan jadikan aku mangsa keadaan. aku pun ada hati dan perasaan jugak. aku boleh je buat hal aku sendiri, tanpa memikirkan kau. tapi masalahnya kita satu kelas, pastu duduk pulak sebelah menyebelah. memang tak manis lah kalau tak bertegur sapa. 

kawan, sumpah aku terasa snagat dengan kau. aku tak tahu kenapa. nih lah kali pertama aku betul-2 terasa dengan sikap kau. sumpah aku dah tawar hati dengan kau. tapi, aku akan terus berusaha untuk menjernihkan semula hubungan kita. kita dah kawan lama, aku tak nak kehilangan kau. lagipun, dah tak lama lagi kita akan berpisah. so aku nak kita spend time sama-2. abeskan masa yang ada nih bersama-2 tanpa ada perasaan kurang enak. demi allah, aku sayangkan kau kawan. aku tak tahu lah kau baca ke tak blog aku nih. kalau kau baca, aku nak minta maaf banyak-2 dari kau. maafkan aku :')
" It is better to have an ENEMY who honestly says they hate you, than you have a FRIEND who's putting you down SECRETLY :') "

♥ Puas hati? LIKE je :)

0 orang budak HOT :):

TERIMA KASIH SUDI MELAWAT BLOG EQA. SILA DATANG LAGI OKAY :)