WELCOME TO MY BLOG . DO FOLLOW && COMMENT OKAY :)

♥ SI JANTUNG HATI ♥

18 - 04 - 2012

Views

Entah kenapa sedih pulak malam ni. kenapa ye kita dah makin jauh? apa sebenarnya yang menyebabkan kita dah makin jauh? seolah-olah bermusuhan. aku sedih sangat wey. aku nak kita rapat macam dulu. tapi aku sendiri tak tahu nak buat camne lagi, supaya kita jadi rapat macam dulu. salah aku ke semua ni terjadi? atau berpunca daripada keluarga aku? bila difikirkan balik, aku takde pulak buat salah pape pun. tapi entah lah, kalau tanpa disengajakan aku ada buat salah kat kau. aku betul-betul minta maaf. kalau kita sendiri takde inisiatif untuk selesaikan kemelut ni, aku yakin sampai bila-bila nanti kita takkan rapat. aku tahu, kau pun rasa apa yang aku rasa kan? kita membesar sama-sama, dari kecik lagi kau dengan aku. asal balik kampung je, aku cari kau dulu. aku lebih suka balik kampung kita tu dari balik kampung ibu aku. nak tahu kenapa? sebab kau ada yunx. kau twin aku, dan kau ibarat akak aku walaupun aku lahir dulu dari kau. kau baik sangat, kita selalu kongsi sama-II masalah kita dulu-II kan?

Tapi sayangnya semuanya dah berubah sekarang. hampir 2 tahun kita jadi camnie. tiap kali kalau online Facebook, aku ada jugak curi-curi bukak wall kau. demi Allah, aku rindukan kau. rindu nak gurau-II dengau kau. kau pun sama kan sayang? satu yang aku pinta dari kau dan adik kau, kalau korang dah benci aku, meluat dengan aku, jangan lah tunjuk kebencian korang dekat aku. pape yang terjadi, kau tetap twin aku. takkan ada apa yang boleh pisahkan kita. aku bukak wall kau semalam, aku dapat tahu kau dapat belajar kat KPJ, course farmasi. tahniah kayy, belajar leklok taw. aku tetap support kau dari belakang walaupun kau tak pernah tahu. aku pun akan pergi interview tu jugak minggu depan. tapi aku tak letakkan sebarang harapan untuk dapat belajar kat KPJ tu sama macam kau. aku pergi sekadar mencuba nasib. kalau dapat, dapat lah. kalau tak dapat, takpe lah.

Aku kalau boleh nak sama tempat belajar dengan kau. nak tahu kenapa? sebab aku nak rapatkan semula hubungan kita yang semakin hambar ni. aku rindu kau. kata akhir dari aku, aku tak pernah salahkan sape-II
atas apa yang berlaku ni. mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. aku berharap, satu hari nanti, kita akan kembali bersama. kembali rapat macam dulu. aku takkan berhenti berdoa untuk itu. salam sayang dari aku, twin mu :')

♥ Puas hati? LIKE je :)

2 orang budak HOT :):

ira said...

Iqa aku x pernh berubah,xpernh,rindukan kau selalu,kalau kau nk kte jd mcm dlu,text lh aku,call aku,aku sntiasa menunggu kte jd mcm dlu,2 je yg aku pinta dri kau :))-ira-

eqa norezan said...

thanks sayang ! :)

TERIMA KASIH SUDI MELAWAT BLOG EQA. SILA DATANG LAGI OKAY :)