WELCOME TO MY BLOG . DO FOLLOW && COMMENT OKAY :)

♥ SI JANTUNG HATI ♥

30 - 05 - 2012

Views

Tinggal beberapa hari je lagi aku nak mendaftarkan diri kat UiTM. macam-2 yang aku rasa dan fikirkan sekarang ni. harini keputusan Politeknik keluar, ramai kawan-2 aku dapat tempat yang sama. seriously, memang aku jeles. ye lah, dorang semua dah ada geng. dah boleh buat geng reunion dah kan. ramai yang dapat kat Politeknik dekat Kuantan dan Politeknik dekat Jitra. papepun, sebelum terlambat, aku nak ucapkan tahniah la ek kat korang semua. yang tak dapat uh, dan ada yang nak stay form 6, teruskan okay. belajar kat mana-2 sama je, yang penting niat nak belajar tu. insyaAllah, kat mana-2 pun boleh berjaya kan?

Alhamdulillah, semuanya aku dah siap packing awal-2, takut nanti kelam kabut, dan takut kalau ada yang tertinggal an. aduh, boleh tahan banyak gak barang aku, sampai ibu aku perli dah cam nak pergi oversea dah. haha. apepuntakbole. haihhh ~ oh ye, kat UiTM nanti, aku pun dah ada kawan yang sama course dengan aku. syukur, tapi tak tahu lagi dapat sama bilik ke tak kan. sedih gila. hm tapi takpe lah, janji sama course. nanti boleh pergi kelas sama-2. sorang tu nama dia Rod, budak Seremban, dan sorang lagi Fiza, budak KL. Fiza tuh aku kenal dekat Facebook je, dah lama gak kenal dia, tapi belum jumpa lagi. yang si Rod tu kenal melalui sepupu aku, Ira. dah lama tak jumpa si Rod tu, tup-2 dapat tahu sama course. yahooo! happy poit ~ budak sekolah aku, ada sorang dapat, tapi lelaki, Solehin nama dia. okay la kan, dah ada geng. budak dari Kuala Klawang pun ada sorang yang dapat. ramai laa nanti geng aku! ni yang tak sabar nak pergi belajar ni.

Semuanya dah nak pergi belajar nanti, tak ramai lah yang tinggal kat Kuala Klawang ni. takpe lah korang, kita berpisah sementara je kan? bukan nak pergi mana-2 pun, kita pergi untuk belajar, demi masa depan jugak kan. semalam last jumpa dorang, celebrate birthday bestie aku, Atul. sedih jugak rasanya, sebab dah nak berpisah kan. walaupun aku kat Pilah je, tapi nanti takut cuti tak sama je. hm takpe, raya nanti aku nak lepak dengan dorang puas-2. insyaAllah, walaupun nanti aku akan dapat ramai kawan baru, aku harap sangat aku takkan lupa diri, dan takkan lupakan kawan-2 aku yang lain. dorang kesayangan aku! harap dorang pun camtu jugak.

♥ Puas hati? LIKE je :)

3 orang budak HOT :):

Amirahh said...

Wahh, meh cepat-2 dtg Pilah. Akk x sabar dah nak jumpe Eqa :P haha

Anonymous said...

Take care iqa :)),ira.

Unknown said...

nice blog.follow me okeh :)

TERIMA KASIH SUDI MELAWAT BLOG EQA. SILA DATANG LAGI OKAY :)