WELCOME TO MY BLOG . DO FOLLOW && COMMENT OKAY :)

♥ SI JANTUNG HATI ♥

15 - 10 - 2012

Views

Dah seminggu kot aku rasa aku tinggalkan Melang. Tamat juga Pra Diploma aku ni, sekarang ni dok rumah je, tunggu result. Harap aku dan kawan2 aku semua dapat teruskan pengajian kitaorang ke peringkat Diploma, bulan 11 ni. Insyaallah. Rindu, jangan tanya lah, semestinya rindu sangat kat kawan2 dan si dia. Bosannya dok kat rumah, just habiskan lesen kereta, nak dapatkan P.

Semalam, aku menangis. Eh bukan takat menangis, tapi dah boleh dikategorikan sebagai meraung, melalak pun okay jugak kot. Maafkan aku sayang. Aku tau ada juga silap dari aku. Kau sememangnya sibuk, tapi aku tak faham kau. Sehingga terjadinya pergaduhan besar semalam, dan kita hampir berpisah. Demi Allah, aku dah mula sayangkan kau, banyak kenangan kita bersama, tak mungkin aku lepaskan kau macamtu je. Akhirnya, kita dah ambil keputusan untuk mulakan hubungan yang baru. Alhamdulillah, aku akan pastikan, lepasni aku akan lebih memahami diri kau. Biarlah aku terluka sekalipun, asalkan aku tak terluka kehilangan kau. Sebab bukan mudah untuk MOVE ON. 

Bila dah settle masalah kita ni, datang pulak satu lagi masalah. Tadi, aku online fb, angah ada hantar message. Dia marah lagi. Dulu dia ada pesan dekat aku, jangan terlalu show off couple dekat fb. Then, aku buat lagi. Kali ni dia betul2 marah, dia cakap jangan sampai dia bagitau ibu & along aku. Dia malas nak pukul2 aku, sebab aku dah besar. Nak tau apa aku dah buat? Mungkin sebab relay aku dengan bf aku. Dulu aku hidekan, tapi haritu aku openkan balik. Sebab pada aku, dah takde benda yang perlu aku sorokkan. Dan mungkin jugak, dia nampak picture aku dengan Amin, tengah potong kek tu. Maafkan aku, angah. Aku tak buat lagi :(

Raya haji ni dia balik, takutnya! Harap2 dia tak marah aku or bagitau along aku. Along aku tu dah la garang. Angah sekarang dah makin garang, & tegas dengan aku. Mungkin dia tak nak aku kecundang buat kali kedua. Dan juga sebab aku ni tanggungjawab dia, lepas abah takde. Sumpah, aku rasa nak menangis sekarang ni. Maafkan aku..........................

♥ Puas hati? LIKE je :)

1 orang budak HOT :):

husni said...

bagus ape yg angah ko wat,aq pun kadang2 ase nak hide la hubungan aq,sebb bnde ni wat orang laen ase nyampah gak senanye,elok senyapkan,orang cakap macam menderma tgan kanan,tapi tangan kiri tak nampak..aq sokong ape angah ko wat,tuk kebaikan ko,maybe dye tamao org pndang serong kat ko ty

TERIMA KASIH SUDI MELAWAT BLOG EQA. SILA DATANG LAGI OKAY :)