WELCOME TO MY BLOG . DO FOLLOW && COMMENT OKAY :)

♥ SI JANTUNG HATI ♥

30 - 12 - 2011

Views





Whoaa arini da 30hb la wey. lagi 2 ari je lagi masuk tahun baru, tahun 2012. kejap jea masa berlalu kan? tup-2 umur aku nak masuk 18 tahun. macam tak caya jea aku sekarang dah jadi anak dara sunti. chehwah anak dara sunti konon. ayat skema gila kan? HAHAHA. eh apa aku dok bebel sorang-2 ni? aishhh. actually aku nak update blog pasal AZAM TAHUN BARU. ye la kan, masa ni la semua orang dok sibuk-2 dengan azam tahun baru. cup-2, tapi azam tahun 2011 korang dah tercapai ke belum? errr azam tahun 2011 aku? bhahaha. aku sendiri pun dah lupa apa azam tahun 2011 aku. sengal tak sengal aku ni. 

Ahhh persetankan semua itu. sekarang ni aku nak cerita pasal azam tahun baru 2012 aku. okayy azam tahun baru aku tak banyak pun. ye la, buat apa berazam banyak-2, takut nanti tak tercapai pulak kan. haru-biru pulak jadinya nanti. 

AZAM TAHUN BARU EQA NOREZAN 2012
  1. Nak diet la wey. aku sekarang gemuk tahap gaban dah. bese lah kan, orang lain keje, aku dok umah tanam anggur. kan da gemuk. so azam tahun baru aku, aku nak dapatkan balik saiz S cam dulu-2. on diet babe. kalau aku berjaya kuruskan badan, ais krim magnum aku dapat. aku dah deal dengan member aku da semalam. HAHAHA. chaiyok-2 eqa !
  2. Okay azam kedua aku pulak, aku nak jadi seorang yang SETIA. dalam apa jua situasi. bukan sahaja dalam percintaan, malahan dalam persahabatan dan lain-2. insyaAllah, aku akan jadi seorang yang setia. pray for me okay? kalau aku couple nanti, aku nak jadi seorang kekasih yang setia. actually sebelum-2 ni aku bukanlah seorang kekasih yang setia. sebab tu ah couple clash couple clash. nama pun cinta monyet kan? HAHAHA. dalam persahabatan pun, aku nak jadi seorang sahabat yang setia. sentiasa ada untuk berbakti kepada sahabat-2 aku. i'll try my best ! :)
  3. Azam ketiga aku pulak, aku nak jaga solat aku. aku tahu kelemahan aku. aku tahu aku bukanlah sempurna. untuk itu, aku nak berubah tahun 2012 ni. aku nak jaga solat aku, aurat aku dan batas-2 seorang muslimah. insyaAllah, semoga Allah permudahkan azam aku yang ini. amin ya Allah !
  4. Dan yang terakhirnya ialah. jeng-3. HAHAHA. ofkos la aku nak belajar betul-2, rajin-2. aku harap sangat dapat masuk universiti. takpun politeknik or form 6. aku tahu masa aku form 4 && form 5 aku tak belajar betul-2. main je keje aku ni. tapi nak menyesal pun tak guna kan. spm pun dah abes. tinggal nak tahu resultnya je nanti. STUDY STUDY STUDY
Okay done! tu jea azam tahun baru aku. 4 je cukup lah wey. kalau banyak-2 kang takut tak tercapai pulak kan. takde lah meriah mana pun aku punya azam. HAHAHA. esok malam aku dah janji dengan akak aku nak lepak-2 kat klawang. ade bunga api siot. tahun ni la tahun pertama aku kua celebrate new year. ye la, aku bukan budak sekolah lagi. HAHAHA. kan dah terPERASAN da. sejak akak aku balik ni, keje kitaorang keluar je lah. dari semalam lagi kowt. ala rilek ahh kan, kitaorang pun jarang lepak sama-2, so bila dah dapat jumpa ni, lepaklah puas-2 kan? sayang akak aku tu ketat-2 ! :)

With my lovely sis :)

♥ Puas hati? LIKE je :)

0 orang budak HOT :):

TERIMA KASIH SUDI MELAWAT BLOG EQA. SILA DATANG LAGI OKAY :)