WELCOME TO MY BLOG . DO FOLLOW && COMMENT OKAY :)

♥ SI JANTUNG HATI ♥

08 - 05 - 2012

Views

Hari ni hari pertama aku bergelar pelajar PRA - U. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. aku rasa best dapat masuk sekolah balik, yang penting ramai member aku yang masuk form 6. semalam keputusan UPU dah keluar. dan seperti yang aku jangkakan, aku memang tak dapat melanjutkan pelajaran ke Universti memang sedih sangat, tapi aku belum sampai ke tahap kecewa sebab aku tak menaruh harapan yang tinggi untuk dapat Universiti. lagipun aku masih dapat tawaran form 6 kan. walaupun aku gagal masuk Universiti, tapi aku still mohon rayuan. family aku pun ade suruh aku buat rayuan. ibu aku lah yang paling kecewa bila aku kata aku tak dapat Universiti. hm nak buat camne kan, takde rezeki. member-2 aku pun ramai yang tak dapat Universiti. ramai yang masuk form 6. tahun ni form 6 di'conquer' oleh pelajar-2 duma je. da macam reunion pulak aku tengok. HAHA

Okay-2, malam tadi ade sorang member aku ni kata dia dapat KPTM. so aku pun ape lg, dengan berdebar-2 aku pun bukak website KPTM. pergghh memang terkejut aku bila aku dapat dip. Pengurusan & Teknologi Pejabat kat Alor Star. memang gembira habis la aku time tu. tapi bila tengok aku dapat Kedah, tiba-2 aku rasa berbelah bahagi nak pegi ke tak. ibu aku siap kol pak sedara aku lah, nak tanya pendapat. aku kol angah aku, dia lebih suka aku stay kat form 6. pak sedara aku kata KPTM tu bagus juga, sebab under MARA kan. lagipun half swasta, half kerajaan. 

Memang mula-2 aku fikir nak masuk KPTM tu, sebab memang impian aku pegi belajar jejauh. lagipun dulu aku memang ade pasang angan-2 pegi belajar kat kedah. tapi bile betul-2 dah dapat apa yang aku nak dulu, aku rasa lain macam je. tiba-2 rasa berat hati nak tinggalkan form 6, walaupun baru hari pertama mendaftar. insyaallah, aku akan buat yang terbaik, tak mahu memain lagi. memang form 6 susah, tapi kalau orang lain boleh buat yang terbaik, kenapa tidak aku? cukuplah sekali aku pernah lalai dan gagal, aku akan pastikan kali ni aku pun mampu berjaya. woo eqa da semangat nak belajar! HAHA . okay lah, doakan yang terbaik untuk eqa kay ;)



♥ Puas hati? LIKE je :)

2 orang budak HOT :):

Amirahh said...

Kat mane-2 pon bole berjaya :)

eqa norezan said...

semestinya akak senior ku :))

TERIMA KASIH SUDI MELAWAT BLOG EQA. SILA DATANG LAGI OKAY :)